Wednesday, July 8, 2009

Nota Terkini!

1. Baru-baru ini, kami ada terima emel dari pembeli. Kami hulur tangan minta maaf kerana salinan untuk jualan dalam tangan kami sudah habis, malangnya. Namun, kami masih belum selia di kedai ricecooker yang baru sahaja berpindah di sekitar bukit bintang. Silalah singgah ke sana, mana tahu masih ada lagi.

2. Sejak Sampahkarat#2 keluar, agak jarang juga kami [Api@Loba dan Aizattarmizi] duduk semeja untuk bikin projek. Buat masa sekarang ini, kami sibuk dengan kerja masing-masing. Namun, bila ada masa, bila kami bertemu beberapa bulan lepas, ada perbincangan baru tentang perkara hakcipta atau hakmilik karya. Ini membantutkan pembikinan zine Sampakarat isu ke-3. Bagaimanapun, setelah segala kekusutan, kekeliruan dan kesulitan di atasi nanti, insyaAllah kami akan keluarkan isu seterusnya. Sehingga saat itu, jagalah diri dan banyak-banyakkan-lah membaca. Chewah! Mari budayakan membaca buku dan merakyatkan seni!

Loba | Aizattarmizi
8 Julai 2009